Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: ASAS GRAFIK

ELEMEN ASAS GRAFIK

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu  mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.

1. Mudah
 
 -Mudah adalah pengamatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami dalam bentuk foto ataupun video tanpa menimbulkan kekeliruan.

2. Warna

 -Warna adalah kombinasi warna dalam sesuatu gambaran berbentuk foto ataupun video. Grafik yang sewajarkan tidak mengandungi lebih dari tiga warna.

3. Teks

  -Teks merujuk pada jenis atau saiz font yang dipilih sebagai persembahan dalam sesuatu grafik. Kandungan dalam teks juga perlu diambil kira untuk tujuan pemahaman terhadap grafik.

4. Kesesuaian

  - Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada kesesuaian latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video.

5. Keseimbangan

  - Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto atau video yang merangkumi ruang kiri, kanan dan ruang atas dan bawah.



Rujukan/Bibliografi: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang




Monday 9 March 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Teori Analisis Wacana Kritis (VanDijk, 1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro 

-Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati, daripada topik/tema suatu teks.

Superstruktur

-Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.

Struktur Mikro

-Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
-Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.



  Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik/tema suatu teks manakala mikro pula ialah makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati, pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rujukan/bibliografi: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kmomunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu



BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)

Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Strategi Pengelakan atau Pengurangan

1. Pengabaian/Peninggalan mesej
2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Strategi Pampasan

3. Parafrasa
4. Penghampiran
5. Penggunaan perkataan semua tujuan
6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)
8. Terjemahan literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran kod
11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/ Appeal for help Stailing.

Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/ Use of Fillers/ strategi penanda (hesitation devices)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), merujuk kepada strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1977) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan dan dicadangkan dengan strategi yabg baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang baharu. Pendekatan strategi komunikasiyang baharu ini telah  dibuktikan dengan kajian dalam buku ini. Pendekatan strategi  yang baharu merujuk kepada singkatan, penafian, percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan strategi komunikasi ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.









Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Menurut Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), melaui Instagram mereka mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun instagram mereka. Cerita pendk di Instagram memeberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka dengan pengguna yang lain. Menurut Sebah Al-Ali (2014) dan Normaliz Abd Rahim dan Normaisarah Roslan (2016) di mana Instagram brupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Bagi pengajar, cerita pendek akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Dengan cara ini, aura positif akan dapat difahami.

Rujukan/Bibliografi:

Nuraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Keputusan dan pebincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

BLOG DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti pusi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi 66.7% (20 responden lelaki) dan 80 % (24 responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi dalam blog. Mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga untuk berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. 86.7 % (responden lelaki) dan 96.7 % (responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek dan menujukkan wanita mempunyai peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Mereka menyatakan menulis cerpen pendek untuk menambah baik kemahiran menulis. Manakala, 76.7% ( 23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran aldalah sesuai untuk penulisan blog. Responden turut menyatak  bahawa menulis skrip menolong mereka berimaginasj seperti yang mereka tulis. 66.7 % (20 responden lelaki) dan 87.7% (responden wanita) memilih pantuan sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di blog mereka dan menunjukkan responden wanita lebih ramai dari lelaki. Mereka menyatakan mereka selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog.

BLOG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), pembelajaran bahasa boleh dipelajari melaui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog dan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi dari responden lelaki. Mereka menyatakan mereka lebih suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Manakala. 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan  bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan wanita lebih tinggi berbanding lelaki dan mereta menyatakan mereka leebih bersikap sentimental berbanding lelaki. 93.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakan bahawa menulis teka teki di dalam blog adalah satu kaedah yang disukai oleh mereka. Responden wanita menunjukkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Respoden menyukainya kerana menerima banyak komen dari pembaca.

BLOG DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog akan memberi kepuasan kepada mereka. Mereka turut menyatakan bahawa muzik video yang mereka pilih adalah sesuai dan berkait dengan cerita yang mereka tulis. Bagi audio pula. kedua- dua responden iaitu lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog mereka kerana mereka kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran. Responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana mereka lebih suka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan terus menghantarnya terus ke dalam blog. Gambar di dalam blog membantu mereka meningkatkan motivasi mereka untuk menulis dengan lebih banyak.

Rujukan/Bibliografi:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
















BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...