Monday 9 March 2020

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

Teori Analisis Wacana Kritis (VanDijk, 1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Struktur Makro 

-Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati, daripada topik/tema suatu teks.

Superstruktur

-Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.

Struktur Mikro

-Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
-Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.



  Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik/tema suatu teks manakala mikro pula ialah makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati, pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rujukan/bibliografi: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Kmomunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...