Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


RUMUSAN KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Keputusan dan pebincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.

BLOG DALAM PENGAJIAN KESUSASTERAAN




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti pusi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi 66.7% (20 responden lelaki) dan 80 % (24 responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi dalam blog. Mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan dan juga untuk berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. 86.7 % (responden lelaki) dan 96.7 % (responden wanita) menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek dan menujukkan wanita mempunyai peratusan yang tinggi berbanding responden lelaki. Mereka menyatakan menulis cerpen pendek untuk menambah baik kemahiran menulis. Manakala, 76.7% ( 23 responden lelaki) dan 93.3% (28 responden wanita) menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran aldalah sesuai untuk penulisan blog. Responden turut menyatak  bahawa menulis skrip menolong mereka berimaginasj seperti yang mereka tulis. 66.7 % (20 responden lelaki) dan 87.7% (responden wanita) memilih pantuan sebagai genre yang sesuai untuk ditulis di blog mereka dan menunjukkan responden wanita lebih ramai dari lelaki. Mereka menyatakan mereka selesa menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan mereka melalui blog.

BLOG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), pembelajaran bahasa boleh dipelajari melaui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan juga pemikiran kritis daripada blog. Bagi penulisan surat, 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa melalui penulisan blog dan menunjukkan peratusan wanita lebih tinggi dari responden lelaki. Mereka menyatakan mereka lebih suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Manakala. 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan  bahawa cara meluahkan perasaan dengan baik adalah melalui blog. Peratusan wanita lebih tinggi berbanding lelaki dan mereta menyatakan mereka leebih bersikap sentimental berbanding lelaki. 93.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakan bahawa menulis teka teki di dalam blog adalah satu kaedah yang disukai oleh mereka. Responden wanita menunjukkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Respoden menyukainya kerana menerima banyak komen dari pembaca.

BLOG DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan dengan memasukkan video ke dalam blog akan memberi kepuasan kepada mereka. Mereka turut menyatakan bahawa muzik video yang mereka pilih adalah sesuai dan berkait dengan cerita yang mereka tulis. Bagi audio pula. kedua- dua responden iaitu lelaki dan wanita memberi respon untuk memasukkan audio ke dalam blog mereka kerana mereka kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka dan lagu-lagu ini diletakkan dalam senarai main lagu. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan hantaran. Responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana mereka lebih suka menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan terus menghantarnya terus ke dalam blog. Gambar di dalam blog membantu mereka meningkatkan motivasi mereka untuk menulis dengan lebih banyak.

Rujukan/Bibliografi:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
















No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...