ELEMEN ASAS GRAFIK
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.
1. Mudah
-Mudah adalah pengamatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami dalam bentuk foto ataupun video tanpa menimbulkan kekeliruan.
2. Warna
-Warna adalah kombinasi warna dalam sesuatu gambaran berbentuk foto ataupun video. Grafik yang sewajarkan tidak mengandungi lebih dari tiga warna.
3. Teks
-Teks merujuk pada jenis atau saiz font yang dipilih sebagai persembahan dalam sesuatu grafik. Kandungan dalam teks juga perlu diambil kira untuk tujuan pemahaman terhadap grafik.
4. Kesesuaian
- Kesesuaian dalam grafik merujuk kepada kesesuaian latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto atau video.
5. Keseimbangan
- Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang yang terdapat dalam foto atau video yang merangkumi ruang kiri, kanan dan ruang atas dan bawah.
Rujukan/Bibliografi: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Universiti Putra Malaysia, Serdang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021
Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...

-
Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...
-
Rujukan: Eh!!! Media Sosial Noraien Mansor, Normaliza Abd Rahim (Universiti Malaysia Tereng...
-
NUR EMY NADIRA BINTI ROSLI (199780) Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Le...
No comments:
Post a Comment