Friday 28 February 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN "KELUARGA" BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Kanak-Kanak

(1) Keluarga

Saya berasa berpuasa hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam hari

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga yang saya dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara.
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Universiti Malaysia Terengganu.

Sinopsis

Setiap orang menginginkan keluarga yang bahagia. Saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. Meskipun keluarga kami agak kecil tetapi kami tetap saling memahami antara satu sama lain. Sebelum saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Saya bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera iaitu 'McDonalds' selama beberapa bulan. Sudah tentunya saya tiada di rumah hampir setiap hari. Namun, pada hari saya diberikan cuti, saya tetap menolong ibu melakukan segala kerja rumah seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya, Bagi saya, kekangan masa tidak menjadi penghalang saya untuk menolong ibu di rumah. Kerja-kerja di rumah juga merupakan salah satu tanggungjawab saya sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kecil kami. Di samping itu, kami juga saling mengambil berat antara satu sama lain. Ibu dan ayah juga sering berpesan kepada kami dua beradik supaya menjaga maruah keluarga tidak kira dimana kami berada kerana maruah keluarga adalah segala galanya dan perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, kami dua beradik sentiasa bertolak ansur dan saling melengkapi. Ibu dan ayah sering berpesan kepada kami agar sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain untuk mengelakkan pertelingkahan dalam kalangan ahli keluarga. Kata-kata tersebut menjadi pegangan kami setiap masa. Keluarga saya adalah segalanya galanya bagi saya. Mereka menjadi pembakar semangat saya pada setiap masa. Mereka juga sentiasa berada di sisi saya saat saya memerlukan mereka. Saya amat menyayangi keluarga kecil saya. Terima kasih atas segala galanya ibu, ayah dan abang.




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...