Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara penulisan blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

                                              (Rujukan daripada buku Eh!!! Media Sosial oleh Normaliza Abd Rahim)

Ulasan:

Kita sedia maklum bahawa blog merupakan salah satu rangkaian sosial medium komunikasi yang mesra pengguna. Medium tersebut berfungsi sebagai kegunaan peribadi sepeti penulisan jurnal dan diari di samping ianya juga berfungsi sebagai medium untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan sesuatu produk. Pada pendapat saya sebagai seorang yang bergelar mahasiswa, penulisan blog dapat meningkatkan keyakinan dalam menulis di samping ianya juga dapat memberi motivasi kepada para pembaca. Pada masa yang sama, melalui medium tersebut, pembaca juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka. Penulisan blog yang kreatif seperti penggunaan ayat yang humor dan berbentuk jenaka dapat menarik perhatian pembaca dan blogger yang lain. Di samping itu, penulis blog perlulah mempelajari cara menulis blog dengan betul agar tidak muncul sebarang kesilapan contohnya pertikaian dari sesebuah pihak  dalam penulisan sesebuah blog. Ianya perlu ditulis dengan menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah dibaca dan difahami. Selain itu, nilai moral dan estetika perlu dimasukkan dalam penulisan sesebuah blog agar ianya dapat memberi motivasi kepada para pembaca di samping dapat dijadiakan sebagai salah satu blogger yang patut dicontohi dal msesebuah penulisan blog. Secara keseluruhannya, penulisan blog amat digalakkan kepada semua individu.

Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim(2019), Eh!!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim(2014)









No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...