Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1

Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Alim yang tinggal di ibu kota bersama ahli keluarga kecilnya. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk sebelah ibunya tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk di sebelah bapanya pula menetap di Melaka. Pada suatu harı, Alim pulang ke kampung. Dia tidak sabar untuk bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuknya. Setelah 30 minit perjalanan, dia terus keluar dari kereta untuk mencari ayam dan itik yang kebiasaannya berada di reban. Semasa ibu bapanya sibuk mengeluarkan beg masing-masing di dalam kereta untuk diangkut masuk ke dalam rumah nenek dan datuk, Alim menangis berhampiran reban ayam dan itik lalu nenek dan datuknya berları mendapatkan Alim yang sedang menangis teresak-esak kerana sedar akan ketiadaan ayam dan itik milik nenek dan datuknya. Namun, tangisannya terhenti setelah melihat reban ayam baru yang dibina oleh datuknya untuk menempatkan ayam dan itik tersebut. Alim sangkakan binatang-binatang ternakan tersebut telah mati. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke dalam rumah nenek dan datuk lantas memandang di sekeliling rumah dan menyedari keadaan rumah yang berlainan daripada biasa. Dia menangis kerana menyangkakan rumah nenek dan datuknya sudah tiada. Nenek yang sedar akan situasi tersebut lantas mendapatkan Alim dan bercerita tentang keberadaan perabot-perabot yang ada di dalam rumah tersebut. Ibu bapanya serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim. Mereka hairan kenapa Alim menangis secara tiba-tiba tanpa sebab namun mereka cuba menolong Alim.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...