Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA SAYA


Assalamualaikum. Saya merupakan anak kedua dari dua orang adik beradik. Ibu saya bernama Norasimah dan bapa saya bernama Rosli. Bapa saya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2002 semasa Allahyarham berumur 42 tahun. Saya mempunyai seorang abang yang berumur 25 tahun bernama Mohd Nazmie atau nama panggilan keluarga "Jimmy". Ibu saya berasal dari Melaka manakala bapa saya berasal dari Negeri Sembilan. Sejak bapa meninggal dunia, ibu telah meyara kami dua beradik. Ibu membuka sebuah kedai makan secara kecil kecilan yang menyajikan pelbagai jenis makanan seperti lauk pauk dan sebagainya. Tambahan pula, ibu seorang yang pandai memasak aneka jenis lauk pauk kampung terutamanya dari Melaka dan Negeri Sembilan contohnya asam pedas dan masak lemak cili api. Masakannya sentiasa enak dan sering dipuji ramai. Sejak kecil lagi, ibu telah mengajar kami cara untuk berdikari. Ibu mengajar kami menguruskan diri seperti mengemas rumah, memasak dan mebasuh pakaian. Paling menyentuh perasaan, 'semua itu boleh dilakukan sekiranya ibu sudah tiada lagi'. Katanya. Tambahan lagi, ibu sering memberikan kata-kata semangat kepada kami supaya belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan hingga ke menara gading. Ibu juga seringa mengajar kami untuk sentiasa "redha" dalam apa jua yang berlaku kerana "redha" itu penting dalam sesebuah kehidupan. Kata- kata tersebut adalah kata-kata yang kami pegang selama ini. Keluarga kecil kami adalah semangat saya untuk meneruskan perjalanan hidup dan dijadikan sebagai motivasi dan pemangkin demi sesebuah kejayaan.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...