Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2

Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang banyak buah-buahan dari dibeli di pasar tani lantas mengajak ahli keluarga kecilnya untuk menikmati buah-buahan tersebut. Sambil menikmati buah-buahan yang beraneka jenis, Alim meminta izin kepada ibunya untuk memberi sedikit buah buahan tersebut kepada jirannya, Sulaiman. Baginya, berkongsi makanan adalah satu perbuatan baik yang sering digalakkan oleh ibunya. Sambil menyiram pokok bunga, Sulaiman didatangi oleh Alim yang membawa plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis yang masih segar. Dengan senyuman yang manis, Alim menghulurkan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman menyambutnya dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada Akim dan keluarganya atas pemberian tersebut. Alim membalas senyuman tersebut lantas berlari mendapatkan keluarganya semula. Selesai makan, Alim menolong membawa sampah kulit buah buahan ke dalam tong sampah di luar rumah dan terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian tersebut.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...