Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: PENGENALAN TWITTER DAN TREND TERKINI

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulisa dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
          
                                                                                                                           (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.

                                                                                        (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Menurut Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor, pada September 2016, terdapat lebih kurang 313 juta pengguna Twitter dalam rangkaian sosial (statisca.com). Walau bagaimanapun, Twitter berada di tempat ke sembilan daripada dua puluh satu dalam rangkaian sosial, tetapi Twitter telah menjadi kegemaran anatara pengguna dari segi kesederhanaan dalam penggunaan. Berdasarkan “expandedramblings.com”, terdapat 313 juta pengguna Twitter. Selain itu terdapat juga jumlah yang dianggarkan 1.3 bilion pengguna Twitter yang berdaftar. Tambahan pula, terdapat 120 juta pelawat pelawat bulanan yang menggunakan “Twitter.com” melalui komputer meja dan telefon bimbit serta lebih jurang 500 juta jumlah purata pelawat bulanan Twitter tidak termasuk log masuk. Walau bagaimanapun, pada 2013, terdapat 100 juta pengguna harian Twitter aktif di dunia (expendandeddramblings.com). Walaupun penggunaan Twitter antara penggunana teknologi telah dilihat ketinggalan jika dibandingkan dengan Facebook, pengguna mendapati Twitter telah membantu mereka dalam pelbagai aspek. Pendedahan variasi teknologi berbeza juga membantu para pengguna dalam proses pembelajaran.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi & Awang Azman Awang Pawi, 
2017.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...