Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN RULES OF THIRDS

RULE OF THIRDS

Rule of thirds adalah teknik fotografi yang penting. Ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dan fotografi. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, rule of thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat ‘garis’ yang juga berguna untuk elemen dalam foto. Apabila membingkai foto bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan ansur-ansur gambar yang paling penting, dan cuba letakkannya dekat garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seperti semua peraturan (sekurang-kurangnya dalam fotografi), rule of thirds tidak digunakan dalam setiap situasi, dan kadangkala boleh menghasilkan foto yang lebih menarik.


    Rujukan: Normaliza Abd Rahim, (2019) Multimedia Dalam Bahasa.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020: KALENDAR 2021

Berdasarkan apa yang saya pelajari, saya telah mengetahui cara-cara menggunakan adope photoshop untuk memb...